Wednesday, February 10, 2010

Imbas kembali...

Entry kali ini lebih kepada merenung kembali detik-detik dan pengalaman saya khususnya di poli pd dan amnya di DSK....

Seperti pelajar2 lain saya melangkah masuk ke POLITEKNIK PORT DICKSON dengan seribu impian dan harapan. Segala-galanya bermula dengan minggu suai kenal. Adelah satu program tu yg disediakan oleh pihak pengurusan utk memperkenalkan pelajar-pelajar kepada kursus yang ditawarkan kepada mereka. Sy kn amik DSK then berkumpul la kt dewan kuliah utk taklimat drp JP (Jabatan Perdagangan). Saya pun duduk di bahagian yang telah diasingkan oleh pihak JP mengikut Kursus iaitu DSK, DPR dan DAT., Semua pelajar-pelajar dari kursus lain terutamanya pelajar lelaki asik memerhatikan saya, de jgak yang ketawakan saya. Saya pun pelik jgak dgn gelagat mereka tu. Saya mula rasakn de yg tak kena. Apabila saya toleh belakang...saya benar-benar terkejut. Sebab saya tengah duduk di dalam kelompok pelajar perempuan yang bagai lautan. Ya , saya seorang sahaja lelaki dalam kelompok pelajar perempuan yang dianggarkan lebih kurang 100 orang.Utk makluman, saya ini datang dari sekolah yang fully boys.. Bayangkanlah perasaan saya pd masa itu? Saya berjumpa dengan lect DSK tuk meminta tukar kursus tapi beliau menasihatkan supaya saya tidak patut berbuat demikian kerana menurut lecterur tu lelaki lebih banyak peluang dalam kursus DSK ni. Saya mengalah dan memberanikan diri saya utk menghadapi gelora lautan perempuan tu.

Bermula pulak sesi kuliah, disebabkan saya datang daripada sekolah fully boys boleh dikatakan saya kekok atau segan utk communicate dgn girls. Akibatnya saya selalu masuk lewat ke kelas. Bukan apa nk cari kelas mengikut blok yg mengambil masa yang lama kdg2 de sesat jgak. Adakalanya, saya tak tahu yang kelas tu dibatalkan disebabkan saya tak communicate dgn girls, mrk pun tak dpt maklumkan kpd saya. Pengajaran tu. Hahaha. Tp sekarang hubungan saya dengan rakan2 dh lebih baik dh..

Selama dua minggu saya mengalami trauma sebegitu, selepas tu seorang demi seorang lelaki yang masuk ke kelas saya mereka adalah salman, aufa dan mustaqim.Dengan tu jumlah lelaki dalam DSK bagi sesi julai 2007 ialah 4 orang. Tak byk yg boleh dikatakan psl modul-modul dalam semester pertama kecuali modul shorthand yang menghantui diri saya sepanjang semester tu. Asik gagal dalam kuiz je.. Mid term pun cukup mkn je. Tp syukurlah akhirnya saya dapat melepasi semester pertama tanpa sebarang kegagalan dn mendapat AKJ.

p/s: nantikan entry saya yang seterusnya yang merungkai pengalaman saya semasa di semester dua, meliputi beberapa peristiwa menarik yang melibatkan Alladiin..

Monday, February 1, 2010

The Born Of Romeo....

Tanggal 1hb februari 2010, lahirlah blog kepunyaan saya sendiri. Setelah agak lama berusaha untuk menghasilkan blog saya, akhirnya saya telah berjaya juga. Walaupun blog saya ini tidak sehebat bloggers lain tetapi saya tetap berpuas hati dengan hasil saya..

WELCOME TO THE ROMEO'S BLOG...