Wednesday, June 23, 2010

BOLEH TAK....


Posting kali ini lebih terarah untuk memberi komen saya terhadap salah satu posting rakan blogger yang saya rasakan cukup baik kalau dijadikan topik pebincangan…
Ni la entry rakan saya tu..

“boleh tak kalau nak jadik single balik... macam dulu-dulu.....
(ade ke permintaan macam ni)
kalau tak pon nak jadik single untuk sementara....
boleh tak.?”

Sebenarnya terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat terhadap kehidupan idup secara single or couple dalam lingkungan umur yang digelar sebagai remaja.
Masyarakat pada masa ini mempertikaikan ketelusan cinta sejati yang sering diperkatakan oleh golongan bercinta.. Hal ini kerana pasangan bercinta pada masa ini (bukan semua) tapi de sedikit sebanyak yang

:- mencari pasangan hanya rakannya bercouple die plak single lg.
:- sekadar menjadi teman untuk mengisi masa lapang.
:- berasaskan hawa nafsu, paras rupa, materialistik dn mcm2 lagi…

Tidak dinafikan juga de pasangan yg benar-benar hormat dn menghayati cinta bersama teman mereka dengan meneruskan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin dan meneruskan sehingga ke akhir hayat..

Jikalau semua pasangan yang bercinta mampu membuktikan ketelusan cinta mereka maka tidak ada pihak yang boleh mempersoalkan kredibiliti cinta yang dikatakan antara fenomena yang Maha Agung yang diciptakan oleh TUHAN..
Kita boleh melihat dari dua kategori :

- Lelaki atau perempuan lebih selesa kalau mereka jadi single daripada bercouple
- Lelaki atau perempuan yang merasakan diri mereka perlu ada teman yang lebih rapat dari kawan-kawan biasa yang boleh membimbing mereka dan bersama-sama dengan mereka untuk meneruskan hidup mereka.

Sekarang kita melihat pada golongan yang memerlukan pasangan ini
Golongan ini pun boleh di bahagikan kepada dua kategori :

- Mencari teman hidup dengan bercinta sebelum kahwin
- Ataupun bercinta selepas kahwin (cinta dengan pasangan yang dikahwini) .Tidak kurang juga yang berkata cinta yang wujud bersama pasangan yang selepas dikahwininya “cinta paksa”.

Yang ini pula lebih kepada lelaki... kalau seorang lelaki itu boleh menyara dan menampung insan bernyawa (perempuan) yang melangkah masuk dengan pelbagai harapan dan impian ke dalam hidup lelaki itu supaya lelaki tersebut dapat membahagiakannya. Akan tetapi jikalau lelaki itu sendiri masih disara dan ditampung oleh orang lain maka de yang berpendapat amat sukar bagi lelaki tersebut dapat membahagiakan pasangannya. Dalam erti kata lain lelaki tersebut hanya menabur janji2 kosong sebab lelaki itu sendiri tidak dapat berdikari dan menjaga dirinya apakan lagi dia dapat menjaga seorang perempuan.

Kesimpulannya: anda bolehlah membuat keputusan berpandukan beberapa kategori yang di nyatakan di atas. Walaupun bukan “perfect”, tapi harap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu. Pendek kata

“CINTAILAH IBU BAPA, KELUARGA DAN DIRI ANDA SERTA
CINTAILAH TUHAN DAN BERDOA SUPAYA ANDA DIKETEMUKAN DENGAN JODOH YANG SOLEH “

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA...


SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA2 DI SELURUH DUNIA.. PENGORBANAN SEORANG BAPA BARANG KALI TAK DAPAT KITE MELIHAT DENGAN MATA KASAR DAN KADANG2 KITE SENDIRI TAK MENYEDARI AKAN PENGORBANAN BAPA..

"Doa ayah jalan ke syurga.. Doa ibu membawa ke syurga.."

AKHIR KATA SAYA UPLOADKAN SAJAK 'MATA AYAH-USMAN AWANG' YANG PENUH DGN MAKNANYA YANG TERSENDIRI...

Mata Ayah ~ Usman Awang
Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang

Wednesday, June 16, 2010

WORLD CUP...


WORLD CUP yg akn berlangsung setiap 4 tahun mmg dinanti2kan oleh setiap peminat bola sepak di seluruh dunia. Bkn calang2 team yg boleh layak ke pusingan akhir world cup ni. Setiap negara perlu melepasi pusingan kelayakan mengikut benua masing2.. agk lame jgak la proses kelayakan ini.

Tp nk kite nk tgok gamenye pon bkn senang, walupon de astro yg menayangkan setiap perlawananan secara live tp 2 la kite kene berjage tgh mlm tuk tgok team favourite kite beraksi.

kne korban sikit tdo 2 hehehe... bkn sng nk tgok world cup beb. klu slps ni kene tunggu 4 thn lg.

anyway my favourite team is the one and only




BRAZIL..

hope mrk dpt mng world cup edisi ke -19 ni..




p/s: ntah bile dpt tgok m'sia beraksi dlm piala dunia....