Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA


saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, mohon maaf andai terlanjur kata dn tingkah laku..


semoga Syawal kali ini akan membawa sinar keceriaan, kebahagiaan dan kejayaan...

Sunday, July 11, 2010

AKHIRNYA..........

Setelah hampir sebulan berhempas pulas di depan tv gara-gara menonton World Cup edisi yg ke - 19 maka dengan rasminya awl pg td World Cup melabuhkan tirainya dengan Spain menjadi juara dunia buat pertama kali dalam sejarah World Cup.. Tahniah bg mereka..

Saya agak kecewa sedikit pada world cup yg 2006 dn 2010 krn Brazil tersingkir awal dalam kedua2 edisi tersebut.. Bukan rezeki mereka untuk menang kot..

Pada keseluruhannya world cup kali ini :-
  • wat pertama kali diadakan di benua afrika
  • pentingnya penggunaan video technology pd garisan gol..
  • penuh dgn kejutan demi kejutan apb team2 favourite tersingkir seawal pusingan pertama
  • bingit dgn bunyi vuvuzela
  • dua pasukan yg x pernah memenangi piala dunia sebelum ini melangkah ke final
  • pasukan yang tewas pd perlawanan pembukaan berjaya memenangi world cup
  • tidak ketinggalan sotong "Paul" yg x pasal2 mencuri tumpuan..

Walauapapun, world cup mmg world cup x de pe yg boleh setanding dgnnya..World cup seterusnya akn berlangsung di Brazil. Semoga ia membawa tuah kpd Brazil dn seterusnya menjadi juara..

Berikut beberapa gambo yg menarik sekitar world cup 2010.....





BRAZIL 2014!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 23, 2010

BOLEH TAK....


Posting kali ini lebih terarah untuk memberi komen saya terhadap salah satu posting rakan blogger yang saya rasakan cukup baik kalau dijadikan topik pebincangan…
Ni la entry rakan saya tu..

“boleh tak kalau nak jadik single balik... macam dulu-dulu.....
(ade ke permintaan macam ni)
kalau tak pon nak jadik single untuk sementara....
boleh tak.?”

Sebenarnya terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat terhadap kehidupan idup secara single or couple dalam lingkungan umur yang digelar sebagai remaja.
Masyarakat pada masa ini mempertikaikan ketelusan cinta sejati yang sering diperkatakan oleh golongan bercinta.. Hal ini kerana pasangan bercinta pada masa ini (bukan semua) tapi de sedikit sebanyak yang

:- mencari pasangan hanya rakannya bercouple die plak single lg.
:- sekadar menjadi teman untuk mengisi masa lapang.
:- berasaskan hawa nafsu, paras rupa, materialistik dn mcm2 lagi…

Tidak dinafikan juga de pasangan yg benar-benar hormat dn menghayati cinta bersama teman mereka dengan meneruskan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin dan meneruskan sehingga ke akhir hayat..

Jikalau semua pasangan yang bercinta mampu membuktikan ketelusan cinta mereka maka tidak ada pihak yang boleh mempersoalkan kredibiliti cinta yang dikatakan antara fenomena yang Maha Agung yang diciptakan oleh TUHAN..
Kita boleh melihat dari dua kategori :

- Lelaki atau perempuan lebih selesa kalau mereka jadi single daripada bercouple
- Lelaki atau perempuan yang merasakan diri mereka perlu ada teman yang lebih rapat dari kawan-kawan biasa yang boleh membimbing mereka dan bersama-sama dengan mereka untuk meneruskan hidup mereka.

Sekarang kita melihat pada golongan yang memerlukan pasangan ini
Golongan ini pun boleh di bahagikan kepada dua kategori :

- Mencari teman hidup dengan bercinta sebelum kahwin
- Ataupun bercinta selepas kahwin (cinta dengan pasangan yang dikahwini) .Tidak kurang juga yang berkata cinta yang wujud bersama pasangan yang selepas dikahwininya “cinta paksa”.

Yang ini pula lebih kepada lelaki... kalau seorang lelaki itu boleh menyara dan menampung insan bernyawa (perempuan) yang melangkah masuk dengan pelbagai harapan dan impian ke dalam hidup lelaki itu supaya lelaki tersebut dapat membahagiakannya. Akan tetapi jikalau lelaki itu sendiri masih disara dan ditampung oleh orang lain maka de yang berpendapat amat sukar bagi lelaki tersebut dapat membahagiakan pasangannya. Dalam erti kata lain lelaki tersebut hanya menabur janji2 kosong sebab lelaki itu sendiri tidak dapat berdikari dan menjaga dirinya apakan lagi dia dapat menjaga seorang perempuan.

Kesimpulannya: anda bolehlah membuat keputusan berpandukan beberapa kategori yang di nyatakan di atas. Walaupun bukan “perfect”, tapi harap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu. Pendek kata

“CINTAILAH IBU BAPA, KELUARGA DAN DIRI ANDA SERTA
CINTAILAH TUHAN DAN BERDOA SUPAYA ANDA DIKETEMUKAN DENGAN JODOH YANG SOLEH “

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA...


SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA2 DI SELURUH DUNIA.. PENGORBANAN SEORANG BAPA BARANG KALI TAK DAPAT KITE MELIHAT DENGAN MATA KASAR DAN KADANG2 KITE SENDIRI TAK MENYEDARI AKAN PENGORBANAN BAPA..

"Doa ayah jalan ke syurga.. Doa ibu membawa ke syurga.."

AKHIR KATA SAYA UPLOADKAN SAJAK 'MATA AYAH-USMAN AWANG' YANG PENUH DGN MAKNANYA YANG TERSENDIRI...

Mata Ayah ~ Usman Awang
Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang

Wednesday, June 16, 2010

WORLD CUP...


WORLD CUP yg akn berlangsung setiap 4 tahun mmg dinanti2kan oleh setiap peminat bola sepak di seluruh dunia. Bkn calang2 team yg boleh layak ke pusingan akhir world cup ni. Setiap negara perlu melepasi pusingan kelayakan mengikut benua masing2.. agk lame jgak la proses kelayakan ini.

Tp nk kite nk tgok gamenye pon bkn senang, walupon de astro yg menayangkan setiap perlawananan secara live tp 2 la kite kene berjage tgh mlm tuk tgok team favourite kite beraksi.

kne korban sikit tdo 2 hehehe... bkn sng nk tgok world cup beb. klu slps ni kene tunggu 4 thn lg.

anyway my favourite team is the one and only




BRAZIL..

hope mrk dpt mng world cup edisi ke -19 ni..




p/s: ntah bile dpt tgok m'sia beraksi dlm piala dunia....

Sunday, May 16, 2010

GURU....


Sekali lagi mengingatkan kita tentang pengorbanan guru dalam usaha untuk membentuk diri kita.

GURU : -

disifatkan sebagai ibu bapa kedua kerana mereka bukan saja mendidik pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan, malah turut memupuk nilai murni rohani dan jasmani, kasih sayang, akhlak mulia serta menghindari segala keburukan agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara seperti yang diimpikan setiap ibu bapa.

GURU:-

tidak mengharapkan sebarang ihsan atau balasan daripada anak didik mereka. Apa yang akan membanggakan mereka dan rasa dihargai adalah kejayaan anak didik dalam pelajaran dan keluar menjadi manusia berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

GURU:-

Tidak ada guru yang mahu melihat anak didiknya gagal, sebaliknya merekalah orang paling bangga dan gembira apabila anak didik mereka berjaya.

Akan tetapi apakah balasan kita terhadap guru yang banyak berjasa bagi kita, berapa ramaikah yang masih mengingati pergorbanan guru, berapa ramaikah yang masih menziarahi dan bertemu dengan bekas pengajar mereka?, atau mendoakan kesejahteraan mereka seperti kita mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita?

Saya akhiri dengan


Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggenggam
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!

penulis :- Gunawan Mahmood, 1987, DBP.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang terlibat dalam hidup saya yang bermula dari tadika hinggalah sekarang dan pada masa yang akan datang. Walaupun ucapan terima kasih tidak setanding dengan jasa baik anda tetapi diharapkan ucapan tersebut dapat menghargai jasa baik anda. Doa saya akan sentiasa mengiringi anda dan keluarga anda.
SELAMAT HARI GURU!!!

Thursday, April 8, 2010

MENGHILANG....

Setelah agak lama menghilang dari berblog.. atas jadual harian yang terlalu padat sehingga terganggu aktiviti bersosial. hehehe. Saya baru sahaja mengharungi jadual yang padat pada bulan lepas di mana saya telah menduduki

  • Peperiksaan Perkhidmatan Awam
  • Peperiksaan ISAC

Dan juga telah menghadiri dengan jayanya

  • Kursus Induksi

Sekarang ini kembali aktif serta fokus kepada aktiviti sampingan yang lain.

Thursday, March 4, 2010

PENEMUAN SUNGAI DI DASAR LAUT....

Agak lama menyepi dari updatekn blog, sibuk sedikit dgn kerja. Bukan senang nk updatekn blog ialah mule2 kene de idea, then kene pk ayt utk mengarang idea tu dn mcm-mcm lagi.. terpaksa tangguh la idea tuk wat sekuel bg kisah “imbas kembali” haha x pe la. Kite tinggalkan dulu topik tu tuk sementara.

Kali ini saya de perkara yg menarik tuk berkongsi dgn anda semua.. ntah mcm mana terjadi fenomena ini yang sekali lagi menunjukkan Kuasa Tuhan yang Maha Besar dalam alam penciptaan-NYA.. Citenye tentang penemuan sungai di dasar laut, Berikut adalah gambar-gambar yang diperoleh dalam satu ekspidisi penerokaan dasar laut..











permukaan dasar sungai....


Wednesday, February 10, 2010

Imbas kembali...

Entry kali ini lebih kepada merenung kembali detik-detik dan pengalaman saya khususnya di poli pd dan amnya di DSK....

Seperti pelajar2 lain saya melangkah masuk ke POLITEKNIK PORT DICKSON dengan seribu impian dan harapan. Segala-galanya bermula dengan minggu suai kenal. Adelah satu program tu yg disediakan oleh pihak pengurusan utk memperkenalkan pelajar-pelajar kepada kursus yang ditawarkan kepada mereka. Sy kn amik DSK then berkumpul la kt dewan kuliah utk taklimat drp JP (Jabatan Perdagangan). Saya pun duduk di bahagian yang telah diasingkan oleh pihak JP mengikut Kursus iaitu DSK, DPR dan DAT., Semua pelajar-pelajar dari kursus lain terutamanya pelajar lelaki asik memerhatikan saya, de jgak yang ketawakan saya. Saya pun pelik jgak dgn gelagat mereka tu. Saya mula rasakn de yg tak kena. Apabila saya toleh belakang...saya benar-benar terkejut. Sebab saya tengah duduk di dalam kelompok pelajar perempuan yang bagai lautan. Ya , saya seorang sahaja lelaki dalam kelompok pelajar perempuan yang dianggarkan lebih kurang 100 orang.Utk makluman, saya ini datang dari sekolah yang fully boys.. Bayangkanlah perasaan saya pd masa itu? Saya berjumpa dengan lect DSK tuk meminta tukar kursus tapi beliau menasihatkan supaya saya tidak patut berbuat demikian kerana menurut lecterur tu lelaki lebih banyak peluang dalam kursus DSK ni. Saya mengalah dan memberanikan diri saya utk menghadapi gelora lautan perempuan tu.

Bermula pulak sesi kuliah, disebabkan saya datang daripada sekolah fully boys boleh dikatakan saya kekok atau segan utk communicate dgn girls. Akibatnya saya selalu masuk lewat ke kelas. Bukan apa nk cari kelas mengikut blok yg mengambil masa yang lama kdg2 de sesat jgak. Adakalanya, saya tak tahu yang kelas tu dibatalkan disebabkan saya tak communicate dgn girls, mrk pun tak dpt maklumkan kpd saya. Pengajaran tu. Hahaha. Tp sekarang hubungan saya dengan rakan2 dh lebih baik dh..

Selama dua minggu saya mengalami trauma sebegitu, selepas tu seorang demi seorang lelaki yang masuk ke kelas saya mereka adalah salman, aufa dan mustaqim.Dengan tu jumlah lelaki dalam DSK bagi sesi julai 2007 ialah 4 orang. Tak byk yg boleh dikatakan psl modul-modul dalam semester pertama kecuali modul shorthand yang menghantui diri saya sepanjang semester tu. Asik gagal dalam kuiz je.. Mid term pun cukup mkn je. Tp syukurlah akhirnya saya dapat melepasi semester pertama tanpa sebarang kegagalan dn mendapat AKJ.

p/s: nantikan entry saya yang seterusnya yang merungkai pengalaman saya semasa di semester dua, meliputi beberapa peristiwa menarik yang melibatkan Alladiin..

Monday, February 1, 2010

The Born Of Romeo....

Tanggal 1hb februari 2010, lahirlah blog kepunyaan saya sendiri. Setelah agak lama berusaha untuk menghasilkan blog saya, akhirnya saya telah berjaya juga. Walaupun blog saya ini tidak sehebat bloggers lain tetapi saya tetap berpuas hati dengan hasil saya..

WELCOME TO THE ROMEO'S BLOG...