Sunday, May 16, 2010

GURU....


Sekali lagi mengingatkan kita tentang pengorbanan guru dalam usaha untuk membentuk diri kita.

GURU : -

disifatkan sebagai ibu bapa kedua kerana mereka bukan saja mendidik pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan, malah turut memupuk nilai murni rohani dan jasmani, kasih sayang, akhlak mulia serta menghindari segala keburukan agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara seperti yang diimpikan setiap ibu bapa.

GURU:-

tidak mengharapkan sebarang ihsan atau balasan daripada anak didik mereka. Apa yang akan membanggakan mereka dan rasa dihargai adalah kejayaan anak didik dalam pelajaran dan keluar menjadi manusia berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

GURU:-

Tidak ada guru yang mahu melihat anak didiknya gagal, sebaliknya merekalah orang paling bangga dan gembira apabila anak didik mereka berjaya.

Akan tetapi apakah balasan kita terhadap guru yang banyak berjasa bagi kita, berapa ramaikah yang masih mengingati pergorbanan guru, berapa ramaikah yang masih menziarahi dan bertemu dengan bekas pengajar mereka?, atau mendoakan kesejahteraan mereka seperti kita mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita?

Saya akhiri dengan


Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggenggam
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!

penulis :- Gunawan Mahmood, 1987, DBP.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang terlibat dalam hidup saya yang bermula dari tadika hinggalah sekarang dan pada masa yang akan datang. Walaupun ucapan terima kasih tidak setanding dengan jasa baik anda tetapi diharapkan ucapan tersebut dapat menghargai jasa baik anda. Doa saya akan sentiasa mengiringi anda dan keluarga anda.
SELAMAT HARI GURU!!!

No comments:

Post a Comment