
Posting kali ini lebih terarah untuk memberi komen saya terhadap salah satu posting rakan blogger yang saya rasakan cukup baik kalau dijadikan topik pebincangan…
Ni la entry rakan saya tu..
“boleh tak kalau nak jadik single balik... macam dulu-dulu.....
(ade ke permintaan macam ni)
kalau tak pon nak jadik single untuk sementara....
boleh tak.?”
Sebenarnya terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat terhadap kehidupan idup secara single or couple dalam lingkungan umur yang digelar sebagai remaja.
Masyarakat pada masa ini mempertikaikan ketelusan cinta sejati yang sering diperkatakan oleh golongan bercinta.. Hal ini kerana pasangan bercinta pada masa ini (bukan semua) tapi de sedikit sebanyak yang
:- mencari pasangan hanya rakannya bercouple die plak single lg.
:- sekadar menjadi teman untuk mengisi masa lapang.
:- berasaskan hawa nafsu, paras rupa, materialistik dn mcm2 lagi…
Tidak dinafikan juga de pasangan yg benar-benar hormat dn menghayati cinta bersama teman mereka dengan meneruskan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin dan meneruskan sehingga ke akhir hayat..
Jikalau semua pasangan yang bercinta mampu membuktikan ketelusan cinta mereka maka tidak ada pihak yang boleh mempersoalkan kredibiliti cinta yang dikatakan antara fenomena yang Maha Agung yang diciptakan oleh TUHAN..
Kita boleh melihat dari dua kategori :
- Lelaki atau perempuan lebih selesa kalau mereka jadi single daripada bercouple
- Lelaki atau perempuan yang merasakan diri mereka perlu ada teman yang lebih rapat dari kawan-kawan biasa yang boleh membimbing mereka dan bersama-sama dengan mereka untuk meneruskan hidup mereka.
Sekarang kita melihat pada golongan yang memerlukan pasangan ini
Golongan ini pun boleh di bahagikan kepada dua kategori :
- Mencari teman hidup dengan bercinta sebelum kahwin
- Ataupun bercinta selepas kahwin (cinta dengan pasangan yang dikahwini) .Tidak kurang juga yang berkata cinta yang wujud bersama pasangan yang selepas dikahwininya “cinta paksa”.
Yang ini pula lebih kepada lelaki... kalau seorang lelaki itu boleh menyara dan menampung insan bernyawa (perempuan) yang melangkah masuk dengan pelbagai harapan dan impian ke dalam hidup lelaki itu supaya lelaki tersebut dapat membahagiakannya. Akan tetapi jikalau lelaki itu sendiri masih disara dan ditampung oleh orang lain maka de yang berpendapat amat sukar bagi lelaki tersebut dapat membahagiakan pasangannya. Dalam erti kata lain lelaki tersebut hanya menabur janji2 kosong sebab lelaki itu sendiri tidak dapat berdikari dan menjaga dirinya apakan lagi dia dapat menjaga seorang perempuan.
Kesimpulannya: anda bolehlah membuat keputusan berpandukan beberapa kategori yang di nyatakan di atas. Walaupun bukan “perfect”, tapi harap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu. Pendek kata
“CINTAILAH IBU BAPA, KELUARGA DAN DIRI ANDA SERTA
CINTAILAH TUHAN DAN BERDOA SUPAYA ANDA DIKETEMUKAN DENGAN JODOH YANG SOLEH “

tiada manusia yg sempurna~~~
ReplyDeletecinta pada tuhan adalah cinta yang abadi dan kekal...=))
selipar hijau : mmg betul pe yg anda katakan 2..
ReplyDelete